search/cari

Custom Search

nuffnang

Rabu, 10 Disember 2008

BANGUN PAGI

Suatu hari, ayah Nasruddin memberikan satu nasihat kepadanya.
“Nasruddin anakku, biasakanlah dirimu untuk bangun pagi setiap hari.”
“Kenapa, ayah?” Tanya Nasruddin.
“Itu adalah kebiasaan yang baik. Dulu ayah pernah bangun sebaik
sahaja subuh menjelang dan ayah telah menemui sekantung emas,” terang
ayah Nasruddin bagi menasihati si anak untuk memberi pengajaran
kepadanya.
“Bagaimana ayah tahu itu bukan kepunyaan orang lain?”
“Itu tidak menjadi masalah. Hari sebelumnya emas itu tidak ada di
situ. Ketika ayah berjalan diwaktu pagi hari itu, barulah ayah berjumpa
dengan kantung emas tersebut.”
“Jadi, bangun pagi bukanlah baik sangat kerana orang yang
kehilangan kantung emas itu akan terpaksa bangun lebih pagi dari ayah!”

Tiada ulasan: