search/cari

Custom Search

nuffnang

Rabu, 30 Jun 2010

MAKSUD DAN KELEBIHAN YA ZAL JALALI WAL IKRAM.

MAKSUD DAN KELEBIHAN YA ZAL JALALI WAL IKRAM.
Ya Zal Jalali Wal Ikram merupakan salah satu nama Allah yang terdapat di dalam Asmaul Husna yang membawa maksud Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.

Rasulullah SAW pernah mendengar seorang sahabat menyeru Allah dengan namaNya yang mulia ini. Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya doamu akan diterima. Pohonlah apa yang engkau ingini”


KELEBIHAN ASMAUL HUSNA
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Terdapat 99 nama Allah yang Mulia; di mana melaluiNya kita disuruh untuk berdoa. Sesiapa yang mempelajarinya dan membacanya pasti akan memasuki syurga”

Maksud riwayat lain pula:
“Sesiapa yang menghafalnya dan istiqamah membacanya pasti akan memasuki jannah”

Nama Asmaul Husna tersebut adalah

1. Allah
Sesiapa yang mengamalkan menyebut nama Allah sebanyak 1000 kali setiap hari, segala keraguan dan rasa syak akan diluputkan daripada hatinya, dan kesungguhan dan keimanan akan diberikan kepadanya. Ianya sangat berkesan untuk menyembuhkan penyakit-penyakit yang gagal diubati, apabila doa dipohon setelah melafazkannya sebanyak mungkin.

2. Ar-Rahman
Yang Maha Pengasih – Untuk membuang sifat keras hati dan sifat tidak bertimbang rasa, maka nama Allah ini dizikirkan sebanyak 1000 kali setelah sesudah solat.

3. Ar-Rahim
Yang Maha Pemurah
– Sekiranya diucapkan 100kali sesudah solat, kita akan terselamat daripada segala bencana dan seluruh makhluk akan menunjukkan rasa kasih saying kepada kita.

4. Al-Malik
Raja
– Seseorang itu akan mendapati dirinya serba lengkap (bukan tujuan bermegah) jika dia berzikir dengan nama ini sebanyak mungkin selepas matahari tergelincir dari pertengahan langit.

5. Quddus
Maha Suci
– Jika dizikirkan dengan sebanyak mungkin, Allah akan menyembuhkan daripada segala penyakit rohani. InsyaAllah

6. As-Salam
Sejahtera
– Allah akan melindungi sesiapa yang menyebut nama Allah ini dengan sebanyak mungkin, daripada segala bencana petaka. Jika disebut sebanyak 115 kali dan ditiup ke atas seseorang yang sakit, Allah akan menyembuhkannya. InsyaAllah

7. Al-Mu’min
Yang Mengamankan
– Sesiapa yang menyebut nama Allah ini sebanyak 630 kali pada waktu ketakutan. InsyaAllah Allah akan melindunginya daripada segala malapetaka.


8. Al-Muhaimin
Yang Memelihara
– Sesiapa yang mandi membersihkan diri, lalu mendirikan solat 2 rakaat dan membaca nama Allah Yang Mulia ini sebanyak 100 kali dengan ikhlas, dia akan disucikan pada jasad dan roh.

9. Al-Aziz
Yang Dapat Mengalahkan
– Allah Taala akan memberikan kemuliaan dan menjadikan diri seseorang itu serba lengkap kepada sesiapa yang mengamalkan berzikir dengan nama Allah ini sebanyak 40 kali selama 40 hari. Jika sesiapa berzikir sebanyak 41 kali setiap hari, maka dia akan mendapati dirinya serba lengkap dan org yang menghinanya akan mendapat kemurkaan.

10. Al-Jabbar
Yang Maha Gagah
– Sesiapa yang berzikir dengan nama Allah ini sebanyak 226 kali pada setiap pagi dan petang, insyaAllah dia akan terselamat dari dizalimi.

11. Al-Mutakabbir
Yang Memiliki Kebesaran
– Sesiapa yang beristiqamah dengan mengamalkan berzikir dengan nama Allah ini, akan diberi kemuliaan dan maruah. Jika disebut dengan banyaknya sebelum sesuatu tugas, insyaAllah akan disudahi dengan mudah.

12. Khaliq
Yang Menciptakan
– Sesiapa yang berzikir dengan dengan nama Allah ini sebanyak 100 kali untuk 7 hari berturut-turut. Maka Allah akan melindunginya daripada segala kesusahan. InsyaAllah. Dan siapa yang beristiqamah menzikirkan nama ini, Allah akan menciptakan Malaikat yang akan menyembah Allah bagi pihaknya.

13. Al-Barri
Pemberi Kehidupan
– Jika seorang perempuan yang mandul, berpuasa untuk 7 hari dan selepas berbuka puasa dia membaca “al-Barriul Musawwiru” sebanyak 21 kali. InsyaAllah Allah akan mengurniakannya anak lelaki.

14. Al-Musawwir
Yang Mencipta rupa Makhluk
– Jika seorang perempuan yang mandul, berpuasa untuk 7 hari dan selepas berbuka puasa dia membaca “al-Barriul Musawwiru” sebanyak 21 kali. InsyaAllah Allah akan mengurniakannya anak lelaki.

15. Al-Ghaffar
Maha Pengampun
– Sesiapa yang berzikir nama Allah ini sebanyak 100 kali selepas solat Jumaat, dengan segera dia akan mendapat pengampunan Allah. Dan sesiapa yang mengucapkan “Ya Ghaffaru Ighfirli” setiap hari selepas solat Asar, Allah akan memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang telah diampunkan Allah.

16. Al-Qahhar
Maha Gagah
– Sesiapa yang di dalam hatinya condong kepada nilai-nilai material, lalu menzikirkan nama Allah ini dengan sebanyaknya; maka kecintaan kepada Allah akan disemai di dalam hatinya. InsyaAllah.

17. Al-Wahhab
Yang Maha Memberi
– Seorang yang miskin melarat hendaklah mengamalkan berzikir dengan nama ini sebanyak-banyaknya atau menulisnya dan menyimpannya (dengan dirinya) ataupun membacanya 40 kali di dalam sujud akhir solat Dhuna, dia akan merasa hairan bagaimana Allah akan melepaskannya daripada papa.

18. Ar-Razak
Yang Memberi Rezeki
– Sesiapa yang meniup ke arah empat (semua) sudut rumahnya selepas menyebut nama Allah ini 10 kali pada setiap sudut, sebelum dia melangkah untuk mendirikan solat Fajr, Allah akan membuka pintu-pintu rezeki untuknya. Dan lagi pula keluarganya akan terselamat daripada kepapaan dan penyakit. (Mulakan pada kanan dengan mengadap kiblat)

19.Al-Fattah
Yang Memberi Kemenangan/Pembukaan
– Sesiapa yang meletakkan kedua tangannya ke atas dada dan membaca nama Allah ini 70 kali sebelum solat Fajr, makan hatinya akan disinari dengan “Nur” iman. InsyaAllah.

20. Al-Alim
Yang Maha Mengetahui
– Siapa yang berzikir dengan nama Allah ini sebanyak mungkin, Allah akan membuka pintu ilmu dan hikmah untuknya. Juga hatinya dipenuhi dengan “makrifat” Allah.

21. Al-Qobith
Yang Maha Mengenggam/Memegang Segala Urusan Dunia dan Akhirat
– Sesiapa yang menulis nama Allah ini (dengan Saffron atau dengan isyarat satu jari) pada 4 cebis roti setiap hari untuk selama 4 hari berturut-turut lalu memakannya, maka orang yang demikian akan dilindungi daripada kelaparan, dahaga, kecederaan, penyakit dan lain-lain. InsyaAllah.

22. Al-Basith
Yang Memberi Keluasan Rezeki
– Selepas Solat Dhuha, angkatlah tangan seperti dalam doa dan ucapkan nama Allah ini 10 kali. Kemudian lalukan tangan ke muka apabila selesai berdoa. Jika ini diamalkan setiap hari Allah akan mengurniakan “kelengkapan sempurna pada diri” dan tidak perlu kepada sesiapa.

23. Al-Khofidh
Yang Merendahkan
– Sesiapa yang berzikir dengan nama Allah ini sebanyak 500 kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya dan menghapuskan segala kesusahannya. InsyaAllah.
Sesiapa yang berpuasa selama tiga hari dan pada hari keempat menyebut nama Allah ini sebanyak 70 kali ketika bersendirian (dlm waktu sunyi), InsyaAllah akan mendapat kemenangan terhadap musuhnya.

24. Ar-Rafiq
Yang Mengangkat Darjat HambaNya
– Seorang yang menyebut nama Allah ini sebanyak 100 kali pada tengah malam, pada malam ke 14, haribulan hijrah, Allah akan mengurniakannya kemudahan hidup yang sempurna, tidak bergantung harap kepada sesiapa.

25. Al-Muiz
Yang Memuliakan
– Jika nama Allah ini diucapkan sebanyak 40 kali, selepas solat Maghrib pada hari Isnin dan Jumaat, maka Allah akan memberikan kemuliaan dan kedudukan kepada sesiapa yang membacanya. InsyaAllah.

26. Al-Muzil
Yang Menghinakan
– Sesiapa yang memohon perlindungan setelah menyebut nama Allah Yang Mulia ini sebanyak 75 kali, Allah akan melindunginya daripada bahaya ancaman orang-orang yang hasad, penzalim dan musuh-musuh. InsyaAllah.

27. As-Sami’
Yang Maha Mendengar
– Selepas solat Dhuha pada hari Khamis, zikirkanlah nama Allah ini sebanyak 500 kali atau 50 kali. Maka semua doa-doanya akan diterima oleh Allah. Zikirkanlah dengan sepenuh hati tanpa berkata-kata. InsyaAllah dimakbulkanNya.

28. Al-Basir
Yang Maha Melihat
– Allah akan memberi kekuatan kepada penglihatan dan “nur” pada wajah bagi sesiapa yang menyebut nama Allah ini sebanyak 100 kali selepas solat Jumaat.

29. Al-Hakam
Yang Memegang Hukum
– Zikirkan nama Allah ini sebanyak 99 kali pada bahagian akhir malam dengan ada wudhu, maka Allah akan memenuhi hati pembacanya dengan “nur” dan dia mengetahui semua rahsia-rahsia.
Sesiapa yang menzikirkanNya pada malam Jumaat sehingga dia “fana”, Allah akan penuhi hatinya dengan ilham dan fikiran yang tajam.

30. Al-‘Adlu
Yang Maha Adil
– Sesiapa yang menulis nama Allah ini (dengan menggunakan saffron atau dengan gerak anak jari) pada 20 keping roti pada siang atau malam Jumaat dan memakannya. Allah akan menjadikan seluruh makhluk tunduk padanya.

31. Al-Latif
Yang Mengetahui Rahsia-rahsia Halus Mendalam
– Sesiapa yang beramal dengan zikir nama Allah ini sebanyak 133 kali setiap hari, Allah akan memberikannya rezeki yang banyak dan tugas-tugasnya dapat diselesaikan dengan mudah.
Ambillah wudhuk dengan sempurna lalu memdirikan solat 2 rakaat dan membaca nama Allah ini sebanyak 100 kali, maka Allah akan menghapuskannya dari kepapaan, kesusahan, penyakit, kesunyian dan lain-lainnya atau apa jua masalah yang ada padanya.
InsyaAllah.

32. Al-Khobir
Yang Maha Menyedari
– Seseorang itu dapat mengetahui rahsia-rahsia tersebunyi jika dia menyebut nama Allah ini dengan sebanyak-banyaknya untuk 7 hari berturut-turut. Ianya juga sangat berkesan untuk menghapuskan keinginan nafsu gila untuk berpoya.

33. Al-Halim
Yang Paling Sabar – Tuliskan nama Allah ini di atas kertas, rendamkan ianya ke dalam air dan renjiskan air itu ke atas apa jua, maka barakah akan turun ke atasnya dan ianya terselamat daripada segala bencana. InsyaAllah.



Ini merupakan sebahagian saja Asmaul Husna yang nadia dapat terangkan kat sini... Selebihnya sila laaa beli bukunya yek...heheheh Apapun menurut nadia sendiri... Segala perbuatan, doa kita harus disusuri dengan keikhlasan dan juga istiqamah. Dan jangan sesekali jemu untuk berdoa memohon sesuatu pada Allah. Ingatlah... Allah tidak pernah jemu terhadap hamba-hambaNya tetapi hamba-hambaNya saja yang selalu jemu untuk berdoa memohon padaNya.
Dan jika kita bersungguh2 berserta dengan niat yang baik...InsyaAllah dikabulkan..
Wallhualam


P/S: Segala artikel di atas dirujuk pada buku Amalan Ibadah & Doa Warisan Rasulullah SAW dari Muhammad Al-Jazri terbitan Darul Numan.

Tiada ulasan: