search/cari

Custom Search

nuffnang

Jumaat, 16 April 2010

TANDA2 KIAMAT NAMPAK SATU PERSATU

GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan asap dan wap keluar dari kawah berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland.

LONDON - Puluhan ribu orang terkandas manakala semua jadual penerbangan di Britain ditangguhkan selepas sebuah kawah berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland mengeluarkan debu dan wap, lapor sebuah akhbar semalam.

Keadaan itu yang diramalkan berterusan sehingga beberapa hari lagi, menyebabkan Britain terputus hubungan dengan dunia luar.

Kawah yang mengeluarkan debu itu terletak di bawah sebuah glasier seluas sekitar 100 kilometer, kira-kira 120 kilometer ke timur ibu negara Iceland, Reykjavik.

Ia mengeluarkan asap dan awan debu beberapa kilometer ke udara yang dikhuatiri akan menutup sebahagian langit di rantau Eropah dalam masa beberapa hari lagi lagi.

"Amat jarang bencana alam menyebabkan ruang udara Britain terjejas teruk seperti ini. Ia belum pernah terjadi seumur hidup saya," kata seorang jurucakap Perkhidmatan Laluan Udara Britain kelmarin.

Selain Britain, beratus-ratus penerbangan di Ireland, Norway, Sweden, Denmark, Finland dan Rusia turut terjejas ekoran debu berkenaan.

Kali terakhir kawah itu meletus ialah hampir 200 tahun lalu. - Agensi

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnyasepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

    • Asap,
    • Dajjal,
    • Binatang,
    • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
    • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
    • Yakjuj dan Makjuj,
    • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
    • sekali di barat dan
    • yang ketiga di Semenanjung Arab
    • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

      (H.R. Muslim)

      Tiada ulasan: