Bulan Ramadhan – Bulan mulia lagi penuh keberkatan. Allah mengurniakan pahala yang berlipat kali ganda dan mereka yang melakukan ibadat dalam bulan ini akan mempunyai nilai yang besar.
Amalan-amalan
1. Memperbanyakkan niat atau azam untuk melakukan amalan yang baik sepanjang hari “Selagimana anda berniat sesuatu yang baik, maka anda dalam keadaan yang baik.”
Daripada Abu Hurairah: “Apabila seseorang hambaKu menyebut-nyebut untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan tulis untuknya pahala kebaikan.” (Muslim)
2. Memelihara sembahyang lima waktu di masjid terutamanya Isya` dan Subuh
“Barangsiapa menunaikan sembahyang Isya` secara berjamaah, maka dia seolah-olah menghidupkan separuh malam. Dan barangsiapa menunaikan sembahyang Subuh secara berjamaah, maka dia seolah-olah sembahyang malam seluruhnya.” (Riwayat Muslim)
3. Membaca zikir pagi dan petang
Allah berfirman: “Dan ucapkan pujian dengan kemuliaan Tuhanmu sebelum terbitnya matahari dan sebelum terbenamnya.” (Taha: 13)
4. Tilawah al Quran; minima satu juzuk
Ibnu Abbas berkata: “Malaikat Jibrail menemui Rasulullah SAW setiap malam di bulan Ramadhan untuk tadarus al Quran dengannya.”
5. Sembahyang Terawih
“Barangsiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaranNya, maka akan diampunkan baginya segala dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Barangsiapa yang menunaikan sembahyang bersama imam sehingga dia selesai, maka ditulis baginya pahala menghidupkan malam keseluruhannya.” (at Tarmizi)
6. Sibukkan dengan berzikir sepanjang hari
“Perkataan yang paling disukai oleh Allah ada EMPAT: Subhanallah, Alhamdulillah dan La Ilaha ila Allah dan Allahu Akbar; tak kira mana satu yang kamu mulakan.” (Riwayat Muslim)
“Barangsiapa berselawat ke atasku, maka Allah akan berselawat sepuluh kali ke atasnya.” (Riwayat Muslim)
7. Menjaga amalan sunat
* Sunat Rawatib
* Sembahyang witir
* Sembahyang Dhuha
* Sembahyang Tahajjud
* Sembahyang sunat wudhu`
8. Mengubah sesuatu kebiasaan sebagai ibadah
9. Melazimi doa yang ma`thur dalam setiap keadaan
Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW mengingati Allah dalam setiap keadaan.” (Riwayat Muslim)
10. Mengambil peluang-peluang kebaikan
“Menjadikan masyarakat sebagai mihrab untuk melakukan ubudiyah kepada Allah.” Senyum, iringi jenazah, membuang sesuatu yang menyakiti di jalanan, mengucapkan salam, menziarahi orang sakit dan lain-lain lagi…
11. Memberi makan orang berbuka
“Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala orang yang berpuasa itu tanpa berkurangan walau sedikitpun.” (Riwayat at Tarmizi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan